Tips dari buku kegemaran saya kali ini ialah "Tips Menjadi Individu Menarik" Oleh Dr. Hj Fadhilah Kamsah.
Apabila kita marah, cuba tidak berkata dan melakukan apa-apa.
Orang yang gagah itu bukanlah orang yang paling gagah di medan pertempuran, melainkan orang yang gagah itu adalah orang yang dapat mengendalikan dirinya semasa marah. Kemampuan seorang mengawal emosinya tidak dinilai pada saat biasa, pengaruh yang merangsang emosi hanya sedikit ataupun tidak ada. Melainkan semasa mereka diuji oleh ALLAH swt dengan pelbagai musibah dan cabaran hidup.
Sekiranya kita marah, salurkan tenaga kita itu kepada perkara yang berhasil.
Lee Iacocca dipecat daripada presiden syarikat Ford malahan dia dihina selama berbulan-bulan oleh tuan Ford sendiri. Semasa pulang ke rumah, dia berasa dirinya seperti sampah. Isterinya menasihatkannya, "Salurkan tenaga (kemarahan) kita itu kepada perkara yang berhasil." Tidak sampai setahun selepas peristiwa itu, Iacocca menerajui Crysller, pesaing hebat Ford dalam industri kereta di Amerika dan Iacocca menjadi ikon kejayaan keusahawanan kental Amerika.
Mengajar emosi kita.
Daniel Goleman dalam bukunya "Emotional Intelligence", individu yang berjaya mempunyai kebijaksanaan emosi yang tinggi. Goleman seterusnya mengajukan soalan, "Bagaimana orang yang sepintar Jason H sanggup melakukan sesuatu yang bodoh?" Jawapannya adalah kejayaan hidup seseorang. Orang yang pintar antara kita adalah juga mereka yang tidak pintar dalam menguruskan kehidupan peribadinya. Kajian mendapati faktor akademik seorang dalam kejayaannya hanyalah 20 peratus sahaja, 80 peratus lagi daripada faktor-faktor lain. Ramai pelajar yang cemerlang akademik dengan mendapat keputusan yang menakjubkan sebelum memasuki institusi pendidikan tinggi.
Fikir-fikirkan.....Kawal emosi dengan minda, jangan biarkan emosi mengawal diri.
4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL
3 years ago
No comments:
Post a Comment