Saturday, February 14, 2009

Memahami Khasiat Air

Mungkin ada yang menganggap ia soalan remeh tapi sebenarnya ia amat penting untuk mengingatkan anda supaya minum air secukupnya.

Pengambilan air yang cukup juga merupakan salah satu daripada asas utama ini. Jika mahukan tubuh sihat, mungkin sudah tiba masanya anda memikirkan saranan pakar iaitu minum 6 hingga 8 gelas besar air sehari.

Kita selalu memperkatakan bahawa asas kesihatan yang baik ialah diet makanan seimbang, senaman, rehat, berfikiran positif dan ketawa. tambahan untuk resepi sihat ialah minum air yang cukup....

fakta2 dibawah mungkin akan buat anda mula memikirkan pentingnya air untuk tubuh:-

Antara 55 hingga 75 % berat badan adalah air. Air bahan kedua terpenting selepas oksigen yang diperlukan oleh tubuh. Berikut adalah antara sebab kenapa tubuh memerlukan air.

1) Ia membantu penghadaman, penyerapan dan penyingkiran makanan yang dimakan.
2) Ia membantu perkumuhan bahan buangan dari usus dan buah pinggang.
3) Melaraskan suhu badan 24/7
4) Melancarkan pergerakan sendi dan membran.
5) Darah merupakan sistem pengangkutan yang berfungsi "mengagihkan" nutrien makanan ke seluruh tubuh. Hampir 92% kandungan darah ialah air.
6) Rembesan tubuh dan cecair penghadaman hampir keseluruhannya adalah air (sistem penghadaman menghasilkan hampir 1.7 liter air liur setiap hari).

Bagaimana tubuh boleh kehilangan air.
1) Melalui pernafasan, perpeluhan, penyingkiran (najis dan air kencing) tubuh anda kehilangan 1.7 liter air setiap hari (dalam cuaca panas perpeluhan meningkat jadi lebih banyak air diperlukan bagi melaraskan suhu badan)
2) Ketika cuaca sejuk, lembapan tambahan hilang melalui pernafasan.
3) Bagi setiap jam aktiviti fizikal atau senaman, tubuh memerlukan tambahan 1-3 gelas air.
4) Sistem haba berpusat memberikan kesan kekeringan, jadi anda perlu minum lebih banyak air atau kurangkan suhunya.

Simptom-simptom tubuh dyhydration (penyahhidratan)
Ramai yang tidak menyedari tubuh sedang mengalami penyahhidratan dan antara simptom2 itu ialah:
1) Pening - Salah satu fungsi utama air ialah membuang toksin dari tubuh. Otak manusia mengandungi 75% air, jadi walaupun mengalami sedikit penyahhidratan boleh menyebabkan pening.
2) Letih/lemah tumpuan - Jika tubuh mengandungi terlalu banyak toksin dan tidak cukup air untuk mengeluarkannya, anda akan berasa kurang bertenaga kerana tubuh bergelut dengan toksin.
3) Sembelit - Air melawaskan proses penyingkiran najis, jadi minumlah air secukupnya untuk melancarkan penyingkirannya.
4) mengurangkan pengeluaran air kencing(air kencing kotor) - Buah pinggang adalah penapis bahan2 buangan dari darah. Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari. Proses ini bergantung kepada bekalan air segar yang secukupnya, tanpanya pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat menghasilkan kencing kotor.
5) Mulut berbau - cecair tidak cukup di dalam mulut untuk membersihkan sisa2 makanan, bakteria akan membiak di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau.
6) Mulut kering - Air liur merupakan bahan pelincir mulut, penyahhidratan mengurangkan jumah air liur.

Kesan pennyahhidratan yang teruk.
1) Ketegangan otot - Ini berlaku apaila tidak cukup oksigen sampai ke otot melalui pembuluh darah disebabkan tubuh tidak cukup air.
2) Kulit - Tidak cukup air akan hilang keanjalannya. Ujinya dengan mencubit kulit di belakang tangan ia akan terlepas dengan serta merta.
3) Mata - cengkung dan kulit di sekeliling mata lembah menandakan penghidratan yang teruk.

Matlamat anda sekarang ialah untuk minum air secukupnya dan kerap sepanjang hari. Jadi beberapa hari pertama mungkin anda akan berasa kurang selesa kerana kerap ke tandas, ini kerana tubuh belum biasa dengan keadaan itu dan memerlukan masa untuk penyesuaian. Anda juga berasa berat badan berkurangan memandangkan simpanan air dalam tubuh badan menjadi berlebihan dan secara beransur2 anda melepaskannya.

Tahukah anda air juga bertindak sebagai penahan selera secara semulajadi. kekurangan air boleh membawa kepada makan berlebihan, ini kerana otak tidak dapat membezakan antara lapar dan dahaga, jadi apabila anda fikir anda berasa lapar kemungkinan tubuh sebenarnya memerlukan air. Minum segelas besar air sebelum makan kerana itu mengkin diperlukan oleh tubuh bukannya makanan seperti otak anda fikirkan.

Apa kaitan Air, tubuh dan produk smartnaco?
Air sangat penting dalam proses menstabilkan sistem tubuh serta keberkesanan produk pada tubuh badan. Produk susu igg misalnya bersifat "panas" tubuh yang kekurangan air tidak dapat menyingkirkan toksin dan mengakibatkan ketidak serasian tubuh dgn produk itu sendiri atau simpton lain tiada kesan langsung. Air yang cukup amat membantu dalam keberkesanan produk susu itu sendiri begitu juga dengan produk yang lain seperti "green Factor", Bio Young dan sebagainya.
Untuk hasil yang optimum pengambilan produk beserta air yang cukup amat penting. Minum air untuk sejahteraan anda sendiri...produk kesihatan ini membantu anda, selebihnya terletak di tangan anda sendiri.

No comments:

Post a Comment